[Dec 6]
"Berilah perkhidmatan yang baik, mesra dan selesaikan apa jua masalah yang dihadapi oleh masyarakat, supaya ianya akan menjadi ubat penawar kepada kesengsaraan yang dihadapi oleh pengadu".
"Di mana kita bertugas, kita mesti mempunyai kemahiran supaya dapat memberikan kepuasan kepada pengadu, hakiskan sikap ambil mudah s...etiap aduan yang dibuat dan tingkatkan kerjasama sepasukan".
"Hakiskan pandangan masyarakat yang kita ini tidak cekap dan tanamkan iltizam untuk bertugas dengan penuh keikhlasan untuk pasukan dan negara, supaya apa yang kita lakukan akan mendapat ganjaran di kemudian hari".
"Dengan pembaharuan pucuk pimpinan dan Konsep 4P Polis Diraja Malaysia yang telah dilancarkan oleh Ketua Polis Negara pada 30 September 2010, saya berharap ia akan menjadi landasan untuk merapatkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat, bekerjasama mencegah jenayah dan berjaya menurunkan kadar jenayah di negara ini".
Antara amanat-amanat Timb. KPN, Datuk Hussin bin Hj. Ismail khusus kepada seluruh warga PDRM dan masyarakat amnya dalam Majlis Sepetang Bersama Timbalan Ketua Polis Negara yang turut disertai oleh Pengerusi dan Setiausaha 70 Persatuan Penduduk Kawasan Kajang.
source: http://www.facebook.com/home.php?#!/PolisDirajaMalaysia
No comments:
Post a Comment